Gudang Garam

PT Gudang Garam Tbk. merupakan syarikat tembakau Indonesia dan salah satu pengilang/jenama kretek terbesar Indonesia. Ia merupakan pengilang tembakau dan rokok kelima terbesar Indonesia, dengan pasaran saham kira-kira 20%.[2] Syarikat ini diasaskan pada 26 Jun 1958 olej Tjoa Ing Hwie, yang menukar namanya kepada Surya Wonowidjojo. Pada 1984, kawalan terhadap syarikat ini diturunkan anak Wonowidjojo, Rachman Halim, yang seterusnya menjadi orang terkaya di Indonesia. Halim mengetuai syarikat ini sehingga kematiannya pada usia 60 tahun pada 27 Julai 2008.[3]

Gudang Garam

Industri Tembakau
Pemilik PT Gudang Garam Tbk
Jumlah aset ▲ Rp 62.95 trilion (2016)
Pendapatan bersih ▲ Rp 6.672 trilion (2016)
Induk Gudang Garam
Bilangan pekerja 35,900 (2016)
Perancang utama Rachman Halim, CEO (1984–2008)
Ibu pejabat Kediri, Jawa Timur, Indonesia
Laman sesawang gudanggaramtbk.com
Pengasas Tjoa Ing Hwie
Ditubuhkan 26 Jun 1958; 61 tahun yang lalu (1958-06-26) di Kediri
Hasil Rp 76.274 trilion (2016)[1]
Didagangkan sebagai IDX: GGRM
Jenis Awam